Showing posts with label takaful ikhlas. Show all posts
Showing posts with label takaful ikhlas. Show all posts

Friday, 14 March 2014

TESTIMONI TUNTUTAN TAKAFUL IKHLAS


"Barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang." 

Apa jua takdir Allah pasti bermaksud baik walaupun kelihatannya pahit. "Bila Allah menguji orang Islam dengan tragedi, maka mereka mesti melihat dengan mata hati, dan memikirkan dengan akal, agar tercungkil hikmahnya. Jika tidak, itu petanda penglihatan hati tidak jauh, akal yang pendek."












Sabda Rasulullah saw: "Barangsiapa yang memperbanyakkan istighfar, maka Allah akan membebaskannya dari kesedihan, dan memberi jalan keluar bagi kesempitannya dan akan memberi brezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya." 
HR Abu Daud.


















PELAN - IKHLAS Premier Investment-Linked Takaful Plus



Banyak kompleksiti dan bebanan yang dialami dalam setiap peringkat hidup. Sama ada memulakan keluarga, menyediakan perlindungan untuk mereka, memulakan dana pengajian tinggi atau mendapatkan keyakinan pada usia emas, mengkhaskan sebahagian wang hasil kerja keras anda bukanlah perkara yang mudah.

Tetapi apa yang diperlukan adalah langkah pertama yang mana, setiap perkara mempunyai detik permulaan. Kami boleh membantu anda memulakannya, seterusnya pula, hanya satu langkah pada satu masa.


PENGENALAN

IKHLAS Premier Investment-Linked Takaful Plus adalah pelan berkaitan pelaburan di mana caruman adalah berkala yang menawarkan dua dalam satu manfaat; iaitu perlindungan takaful komprehensif terhadap kejadian tidak dijangka dan potensi pertumbuhan pelaburan jangka panjang pada masa yang sama. Ianya adalah pelan ideal yang memberi perlindungan kekayaan dan memenuhi keperluan mengumpul kekayaan pada masa yang sama.


APAKAH CIRI-CIRI UTAMANYA?

1. Caruman bulanan yang mampu dibayar serendah RM 80 sebulan.

2. Anda mempunyai pilihan untuk melabur dalam dana pelaburan berlainan, iaitu Dana Growth, Dana Balanced atau Dana Fixed Income bagi meningkatkan pulangan anda dan mengimbangi risiko portfolio
pelaburan anda.

3. Pelaburan anda diuruskan oleh pengurus dana profesional bagi memberi ketenangan fikiran kepada anda.

4. Anda boleh mengendali sepenuhnya pelaburan dan perlindungan anda melalui IKHLAS Invest-Link Mobile, aplikasi mudah alih berkaitan pelaburan milik kami sendiri. Anda boleh menyemak manfaat pelan anda dengan akses mudah bagi memantau dan melaraskan aset portfolio pelaburan anda, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

5. IKHLAS Premier Investment-Linked Takaful Plus memastikan bahawa anda dilindungi sekiranya berlaku kejadian yang tidak diduga, seperti kematian dan Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD).

6. Kebebasan bagi meningkatkan perlindungan anda dengan pelbagai pilihan rider.


APAKAH PERLINDUNGAN IKHLAS PREMIER INVESTMENT-LINKED TAKAFUL PLUS?



APAKAH RIDER PILIHAN?
Lengkapkan perlindungan anda dengan manfaat pilihan berikut.

IKHLAS “Choice Plus” Individual Medical Rider
Rider ini menyediakan perlindungan perubatan komprehensif untuk anda dengan membayar balik perbelanjaan perubatan sekiranya anda dimasukkan ke hospital, menjalani pembedahan atau menerima rawatan pesakit luar seperti yang dinyatakan di dalam jadual manfaat. Ini ialah Pelan Tanpa Tunai yang membolehkan kemasukan ke hospital tanpa kesulitan dengan kad perubatan kami bagi memenuhi perlindungan bersesuaian dengan bajet anda. KLIK untuk info lanjut...


IKHLAS Term Takaful Rider Plus
Rider ini memberikan perlindungan kepada anda dan/atau Pembayar apabila berlaku kematian atau TPD dalam tempoh Sijil anda.


IKHLAS Accidental Death and Disability Takaful Rider Plus 
Rider ini memberikan perlindungan kepada anda apabila berlaku kematian, TPD atau Keilatan Kekal Separa (PPD) yang disebabkan oleh kemalangan dalam tempoh Sijil anda.



Wednesday, 12 March 2014

PELAN - IKHLAS WANITA TAKAFUL



Dengan sekian banyak cabaran yang dihadapi oleh kaum wanita disepanjang kehidupan, maka adalah penting mereka dapat menanganinya dengan fikiran yang tenang. Kami, di Takaful IKHLAS telah mereka IKHLAS Wanita Takaful sebagai penghargaan terhadap wanita hari ini yang moden dan dinamik.

Dalam kehidupan dunia hari ini yang sukar diduga, adalah penting untuk merancang masa depan agar ia lebih terjamin. IKHLAS Wanita Takaful telah dirangka buat wanita yang berumur di antara 16-50 tahun dengan 6 pelan berbeza agar dapat disesuaikan dengan keperluan hidup yang berbeza.




APA YANG DILINDUNGI IKHLAS WANITA TAKAFUL?

1. Perlindungan terhadap Penyakit Kanser Khusus dan Penyakit Wanita yang lain 
(Manfaat Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru’.)

Memandangkan wanita lebih banyak menanggung komplikasi yang berbeza berbanding kaum lelaki, sebuah pakej yang menyeluruh diperlukan bagi disesuaikan dengan minat serta gaya hidup mereka. Pelan ini melindungi peserta daripada Kanser Khusus buah dada, serviks uterus, uterus, ovari, tiub fallopio, vagina dan vulva. Penyakit wanita yang lain merangkumi SLE (Systemic Lupus Erythematous) dengan Lupus Nefritis, Artritis Reumatoid (dengan komplikasi), Pembedahan Pembentukan Semula Muka (atas sebab-sebab kemalangan), Pengrafan Kulit (disebabkan lecuran & kanser kulit), Karsinoma-in-situ Wanita dan Surgeri Pembentukan Semula Buah Dada (atas sebab-sebab kemalangan).

Rujuk Jadual Perlindungan Wanita




2. Faedah Kematian & Keilatan Kekal Menyeluruh (TPD) 
(Manfaat Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru’.)
Jika berlaku kematian atau TPD kepada peserta yang merangkumi terma yang terdapat dalam sijil, Jumlah Perlindungan (SC) campur amaun terkumpul dalam PIA (Akaun Pelaburan Peribadi) akan dibayar kepada peserta atau keluarga terdekat. * Jika TPD terjadi sebelum peserta mencapai umur 60 tahun, 100% daripada baki had sepanjang hayat pada waktu itu, campur amaun terkumpul dalam PIA akan dibayar kepada peserta.

*Semua faedah lain akan terhenti


MENGAPA IKHLAS WANITA TAKAFUL?

1. Pengeluaran Tunai

Pengeluaran sebahagian daripada tunai daripada PIA adalah dibenarkan selepas sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum lima (5) tahun. Pengeluaran yang seterusnya mestilah mempunyai jarak tempoh minimum dua (2) tahun antara pengeluaran. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan di sepanjang hayat sijil, di mana yuran urusniaga sebanyak RM15.00 akan dicaj daripada PIA untuk setiap urusniaga.


2. Penambahan Kadar Sumbangan
Sumbangan tambahan boleh dibuat pada hari yang pertama sijil berkuatkuasa. Amaun penambahan adalah tertakluk kepada minimum RM50 untuk setiap penambahan. Amaun penambahan ini akan diperuntukkan sepenuhnya ke Akaun Pelaburan Peribadi.


3. Faedah Hayat
(Manfaat Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru’.) 
Suatu peratusan daripada had sepanjang hayat awal akan dibayar kepada peserta, jika berlakunya perkahwinan, kelahiran anak, dibuang kerja serta kematian suami, tertakluk kepada jumlah dua (2) peristiwa sepanjang hayat setiap sijil.

Rujuk Jadual Feadah Hayat





4. Faedah Kehamilan*
(Manfaat Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru’.)
Dengan Faedah Kehamilan, suatu peratusan daripada had sepanjang hayat (tertakluk kepada satu (1) tahun tempoh menunggu) akan dibayar jika peserta mengalami apa-apa komplikasi kehamilan dan/atau anak peserta mengalami apa-apa penyakit kongental bayi.

* dengan pelan A dan B sahaja.

Rujuk Jadual Feadah kehamilan





5. Faedah Matang 
(Manfaat Takaful ini tidak dijamin.)
Faedah matang adalah jumlah sumbangan terkumpul (setelah ditolak semua caj-caj) di dalam PIA, dibayar apabila mencapai tarikh matang seperti yang dipersetujui oleh peserta.


6. Had Umur dan Penyertaan

Umur Penyertaan
16 tahun - 50 tahun, umur pada hari jadi berikutnya, wanita.

Had Penyertaan    
-Pelan A & C - RM50,000.00 Had Seumur Hidup.
-Pelan B & D - RM100,000.00 Had Seumur Hidup.
-Pelan E & F - RM25,000.00 Had Seumur Hidup.

Umur Tamat Tempoh Penyertaan
Pilihan untuk menamatkan penyertaan pada umur 50, 55, 60 dan 65 tahun.

Tempoh Perlindungan 
15 - 49 tahun.



MENGAPA TAKAFUL IKHLAS?


Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. adalah anak syarikat MNRB Holdings Bhd. Operasi perniagaan kami adalah berlandaskan kepada prinsip Syariah.Kami turut memberi keutamaan dalam memastikan agar semua urusan perniagaan kami adalah berasaskan kesaksamaan dan keadilan.Kami percaya kepada falsafah “memudahkan urusan perniagaan” kepada rakan perniagaan kami yang paling utama – para pelanggan kami.

Kami mengguna-pakai kontrak Tabarru’, di mana peserta bersetuju menderma peratusan yang telah ditentukan daripada sumbangan kepada dana risiko untuk membantu peserta lain. Model Wakalah (Model Takaful IKHLAS) kami memastikan peserta akan mendapat manfaat dari keuntungan pelaburan dan pembayaran lebihan dalam dana risiko.

Syarikat akan mengenakan yuran prestasi sebanyak 10% bagi sebarang pendapatan daripada pelaburan yang diperolehi daripada PIA. Pendapatan bersih hasil daripada pelaburan akan diperuntukkan sepenuhnya kepada Peserta. Peserta juga akan layak menerima lebihan bersih daripada Dana Risiko selepas ditolak Caj Pengurusan Lebihan bagi setiap bulan.



“USAH BIMBANG KERANA ANDA MEMPUNYAI PERLINDUNGAN KEWANGAN TATKALA DIPERLUKAN”


Monday, 10 March 2014

PELAN - IKHLAS SAVINGS TAKAFUL

Kehidupan penuh dengan ketidaktentuan...












jadi, rancanglah dengan bijak untuk melindungi kehidupan anda yang tidak ternilai...


Sediakan Payung Sebelum Hujan


Pengenalan





IKHLAS SAVINGS TAKAFUL

merupakan pelan berbentuk pelaburan yang menyertakan keuntungan yang akan diagihkan kepada para peserta. Ia merupakan pelan unggul yang menyediakan dana simpanan, memberi pulangan ke atas pelaburan dan turut menawarkan perlindungan kepada peserta. Pelan ini direka untuk mengoptimumkan kadar pulangan terhadap pelaburan kepada peserta. 







Apakah Yang Dilindungi Oleh IKHLAS SAVINGS TAKAFUL? 

 

Pelan ini menggunakan dua (2) elemen utama yang mana kedua-duanya akan menepati dan memenuhi keperluan di bawah IKHLAS SAVINGS TAKAFUL: 

• Tahap perlindungan bertempoh 

• Akaun Pelaburan 


IKHLAS SAVINGS TAKAFUL 

memberi perlindungan ke atas manfaat-manfaat berikut : 

MANFAAT KEMATIAN & HILANG UPAYA KEKAL MENYELURUH 

Pelan ini akan memberi perlindungan sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya menyeluruh dan kekal terhadap peserta sebelum tempoh matang sijil. Jumlah perlindungan termasuk jumlah sumbangan terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) akan dibayar kepada peserta, waris peserta atau keluarga terdekat. 

Nota : Semua manfaat di atas adalah terkecuali untuk sebarang keadaan sebelum sijil berkuatkuasa. 



MANFAAT TEMPOH MATANG 

Apabila sijil mencapai tempoh matang, peserta akan menerima pembayaran sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) serta lebihan dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta'awuni. 

JUMLAH SUMBANGAN 

Jumlah sumbangan adalah fleksibel bergantung kepada umur peserta dan tempoh sijil.






Mengapa IKHLAS Saving Takaful?

PENGELUARAN SEBAHAGIAN WANG TUNAI

Pengeluaran boleh dilakukan daripada Akaun Pelaburan Peribadi setelah sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum selama lima (5) tahun. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan dibuat sepanjang tempoh sijil, dengan jarak minimum di antara pengeluaran ialah dua (2) tahun. Yuran pengeluaran sebanyak RM15.00 akan dikenakan ke atas Akaun Pelaburan Peribadi bagi setiap pengeluaran.

PENAMBAHAN KADAR SUMBANGAN

Sumbangan boleh ditambah pada hari pertama sijil berkuatkuasa. Jumlah penambahan minimum adalah sebanyak RM50.00 di mana jumlah ini akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun Pelaburan Peribadi peserta.

PILIHAN RIDER TAMBAHAN

Peserta boleh membuat pilihan untuk menambah mana-mana rider kepada sijil asas.


PULANGAN PELABURAN YANG LEBIH BAIK


Model Takaful IKHLAS membolehkan Syarikat mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada para peserta (sila hubungi kami untuk keterangan selanjutnya).





Thursday, 6 March 2014

Syurga Terhalang Jika Meninggal Masih Berhutang

Apakah hukumnya orang yang tidak mahu atau sengaja tidak mahu membayar hutang?



Berhutang adalah sesuatu yang amat berat dalam agama Islam. Oleh kerana itu, amatlah dianjurkan supaya kita menghindari berhutang sedaya mungkin melainkan jika terpaksa seperti rumah dan kereta yang sukar dibayar secara tunai, itu pun haruslah ianya bersesuaian dengan kemampuan diri dan jangan berlebih-lebihan. Jangan mempunyai sikap yang takalluf (memaksa di luar kemampuan) demi nak menunjuk-nunjuk untuk tampil bergaya.










Sebagaimana DOA yang selalu dibaca oleh Nabi Muhammad SAW dalam solat adalah 



"Ya Allah, aku berlindung kepada Mu daripada dosa dan hutang."



Nabi SAW ditanya oleh seorang sahabat: "Wahai Rasulullah, mengapa tuan selalu berlindung daripada hutang?"



Baginda menjawab: Sesungguhnya orang berhutang jika ia berkata, ia akan berdusta. Dan jika ia berjanji, ia tidak menepati janjinya. (riwayat al-Bukhari)





Jika anda meninggal dunia tetapi ada meninggalkan hutang tanpa berbayar akan menyebabkan Roh anda akan tergantung dan tidak akan masuk Syurga walaupun anda mati syahid. 
(Riwayat Ahmad, Ibnu Hajar dan Tarmizi)




Di sini saya share kan DOA melunaskan hutang...



Oleh itu, anda harus merancang kewangan anda sebaik mungkin untuk dunia dan akhirat!






Wednesday, 5 March 2014

Takaful-Ikhlas Pilihan Yang Tepat









Islam mengajar kita supaya sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap pekerjaan. 

Kelebihan perlindungan Takaful-Ikhlas  yang sememangnya 100% mengikut syariah ini  meliputi aspek dunia dan akhirat. Aspek dunia melalui persediaan menghadapi musibah dan membantu keluarga kita mengharungi hari hujan. Aspek akhirat pula melalui konsep menderma (tabarru’) yang diamalkan oleh takaful yang berbentuk sedekah kepada sesama peserta takaful.










"Barang siapa yang menunjukkan (mempermudahkan sesuatu urusan) perkara kebaikan, maka baginya pahala dan pahala sesiapa yang beramal dengannya selepas itu tanpa dikurangkan sedikitpun daripadanya" 
(riwayat Muslim)


Medical Card Takaful
Syarikat Takaful-Ikhlas mengambil peranan besar bagi memastikan umat Islam sedar akan kepentingan menyertai takaful untuk menjauhkan diri dari riba. 

Interest, Faedah dan Bunga adalah nama lain bagi RIBA, tapi ertinya sama. Dosa yang diancam oleh Allah SWT dan rasulnya dengan perang didalam al-quran. 

Sanggupkah anda berperang?




Satu lagi kelebihan Takaful-Ikhlas ialah kami juga menyediakan khidmat badal haji..





Oleh itu, anda sebagai orang yang berilmu, wajib memilih yang terbaik buat anda serta keluarga anda untuk dunia dan akhirat.

Semoga beroleh keberkataNya...