Showing posts with label insurans. Show all posts
Showing posts with label insurans. Show all posts

Thursday, 6 March 2014

Syurga Terhalang Jika Meninggal Masih Berhutang

Apakah hukumnya orang yang tidak mahu atau sengaja tidak mahu membayar hutang?



Berhutang adalah sesuatu yang amat berat dalam agama Islam. Oleh kerana itu, amatlah dianjurkan supaya kita menghindari berhutang sedaya mungkin melainkan jika terpaksa seperti rumah dan kereta yang sukar dibayar secara tunai, itu pun haruslah ianya bersesuaian dengan kemampuan diri dan jangan berlebih-lebihan. Jangan mempunyai sikap yang takalluf (memaksa di luar kemampuan) demi nak menunjuk-nunjuk untuk tampil bergaya.










Sebagaimana DOA yang selalu dibaca oleh Nabi Muhammad SAW dalam solat adalah 



"Ya Allah, aku berlindung kepada Mu daripada dosa dan hutang."



Nabi SAW ditanya oleh seorang sahabat: "Wahai Rasulullah, mengapa tuan selalu berlindung daripada hutang?"



Baginda menjawab: Sesungguhnya orang berhutang jika ia berkata, ia akan berdusta. Dan jika ia berjanji, ia tidak menepati janjinya. (riwayat al-Bukhari)





Jika anda meninggal dunia tetapi ada meninggalkan hutang tanpa berbayar akan menyebabkan Roh anda akan tergantung dan tidak akan masuk Syurga walaupun anda mati syahid. 
(Riwayat Ahmad, Ibnu Hajar dan Tarmizi)




Di sini saya share kan DOA melunaskan hutang...



Oleh itu, anda harus merancang kewangan anda sebaik mungkin untuk dunia dan akhirat!






Wednesday, 5 March 2014

Kenapa Harus Pilih Insurans Takaful?




Bagaimanakah Kaedah Takaful?

Kaedah Takaful adalah berbeza dengan Insurans, operasi takaful sebagai satu bentuk perniagaan adalah tidak berasas kepada akad jual beli semata-mata. Peserta takaful tidak membeli produk takaful daripada syarikat takaful dan sebaliknya syarikat takaful tidak menjual produk itu seperti syarikat-syarikat insurans menjual polisi insurans. 



Apakah perbezaannya?



Dibawah sistem jual beli insurans, wang premium menjadi hak syarikat insurans sebagai balasan pemegang polisi membeli polisi insurans daripada syarikat berkenaan. Ulama' memutuskan bahawa akad takaful adalah HARUS berasaskan prinsip al-Mudharabah atau berkongsi untung dalam perniagaan.

Peserta akan berhak untuk mendapat untung daripada bahagian tabungan atas pulangan pelaburan yang dijalankan oleh syarikat takaful. Di waktu yang sama, peserta juga bersetuju menyumbang bahagian tabarru' (derma) sebahagian daripada sumbangannya dan untung pelaburan ke atasnya bagi tujuan membantu rakan peserta yang ditimpa kesusahan.


Maka, jelaslah bahawa Insurans Konvensional adalah HARAM dan menjadi kewajipan umat Islam untuk memilih produk Takaful.






















Kenapa kita harus berhijrah dari insurans konvensional?




Insurans Yang Diharamkan

Adakah Insurans Haram?

Menurut hukum syarak, ulama' bersependapat bahawa kedua-dua jenis perniagaan insurans nyawa dan am adalah tidak menepati landasan syariah. Ini ialah kerana polisi insurans adalah kontrak atau akad jual beli.

Apabila berlaku transaksi, pembeli adalah pemegang polisi yang dikehendaki membayar wang premium kepada syarikat insurans yang menjual polisi insurans di mana syarikat menyediakan faedah perlindungan sama ada untuk diri sendiri (nyawa) atau harta benda pemegang polisi itu sendiri.

Jual beli dalam Islam mempunyai rukun tertentu yang mana jika salah satu rukun itu tidak dipenuhi, maka akad jual beli dikira tidak sempurna dan boleh membatalkan akad tersebut.

Dalam kontrak jual beli insurans, salah satu rukun yang tidak sempurna ialah yang berkaitan dengan ma'qud'alaih (apa yang diakadkan) iaitu apa yang dibeli atau dijual, mestilah jelas dan tidak mengandungi unsur 'gharar', Jika rukun ini tidak dipenuhi, maka akad jual beli menjadi cacat.

Gharar adalah dilarang sama sekali oleh Rasulullah SAW di dalam sabda baginda yang bermaksud:

"Rasulullah SAW melarang jual beli secara baling batu (al-hasah) dan jual beli barang yang tidak pasti (al-gharar) - Riwayat Muslim

Ulama' juga menjelaskan maksud Gharar dalam salah satu daripada 2 keadaan berikut:

1. Tiada barang yang dijual beli (akad jual beli tanpa barang)

2. Ada barang tetapi tidak boleh diserah kepada pembeli

3. Ada barang dan ia boleh diserahkan kepada pembeli tetapi ia tidak dapat ditentukan atau tidak jelas sama ada sifatnya, caranya atau lain-lain.


Ini menunjukkan ada unsur gharar dalam konteks jual beli insurans. Islam menekankan dalam setiap urusan, supaya ada keadilan dan kebaikan dan unsur Gharar menafikan kedua-dua prinsip ini.