Showing posts with label hutang. Show all posts
Showing posts with label hutang. Show all posts

Thursday, 6 March 2014

Syurga Terhalang Jika Meninggal Masih Berhutang

Apakah hukumnya orang yang tidak mahu atau sengaja tidak mahu membayar hutang?



Berhutang adalah sesuatu yang amat berat dalam agama Islam. Oleh kerana itu, amatlah dianjurkan supaya kita menghindari berhutang sedaya mungkin melainkan jika terpaksa seperti rumah dan kereta yang sukar dibayar secara tunai, itu pun haruslah ianya bersesuaian dengan kemampuan diri dan jangan berlebih-lebihan. Jangan mempunyai sikap yang takalluf (memaksa di luar kemampuan) demi nak menunjuk-nunjuk untuk tampil bergaya.










Sebagaimana DOA yang selalu dibaca oleh Nabi Muhammad SAW dalam solat adalah 



"Ya Allah, aku berlindung kepada Mu daripada dosa dan hutang."



Nabi SAW ditanya oleh seorang sahabat: "Wahai Rasulullah, mengapa tuan selalu berlindung daripada hutang?"



Baginda menjawab: Sesungguhnya orang berhutang jika ia berkata, ia akan berdusta. Dan jika ia berjanji, ia tidak menepati janjinya. (riwayat al-Bukhari)





Jika anda meninggal dunia tetapi ada meninggalkan hutang tanpa berbayar akan menyebabkan Roh anda akan tergantung dan tidak akan masuk Syurga walaupun anda mati syahid. 
(Riwayat Ahmad, Ibnu Hajar dan Tarmizi)




Di sini saya share kan DOA melunaskan hutang...



Oleh itu, anda harus merancang kewangan anda sebaik mungkin untuk dunia dan akhirat!






Wednesday, 5 March 2014

Masalah Hutang Berpanjangan

Assalamualaikum,

Bismillahirrahmannirrahim..
pembuka tirai blog baru Takaful-Ikhlas ini..


Anda Menghadapi Masalah Hutang Berpanjangan?

Sebenarnya, dalam kehidupan ini, memang kita tak dapat lari dari masalah atau bebanan hutang. Kita sendiri yang tahu tentang mengapa dan bagaimana kita berhutang serta kenapa hutang jadi tak terurus. Sudah tentunya dari kelemahan diri kita sendiri. Saya percaya setiap orang ada hutang masing-masing, cuma kita harus bijak untuk mengaturkan cara untuk membayarnya.

Jika anda mahu menangani isu hutang, anda harus memberanikan diri menghadapi kenyataan sebenar serta bersikap positif. Jika anda berniat serta bertekad mahu menjelaskan hutang dengan seikhlasnya, Allah akan membantu kita.. in shaa Allah, sentiasalah berdoa padaNya.

Sebagai seorang yang beragama Islam, kita perlu yakin bahawa masalah hutang adalah suatu ujian dari Allah SWT untuk mendekatkan diri kita kepadaNya. 

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengamalkan Doa ini agar kita diringankan dengan bebanan hutang yang ditanggung.