Friday 14 March 2014

CHOICE PLUS PLATINUM (Medical Card)

PELAN PERUBATAN EKSKLUSIF YANG MENGUTAMAKAN ANDA!

Pengenalan

IKHLAS "ChoicePlus" PLATINUM Individual Medical Rider adalah rider yang boleh disertakan dengan pelan keluarga individu dengan caruman berkala. Ia menyediakan perlindungan perubatan menyeluruh, dengan membayar semula perbelanjaan perubatan anda yang disebabkan oleh kemasukan ke hospital, pembedahan  atau rawatan perubatan pesakit luar.








Kad Perubatan ChoicePlus Dengan Perlindungan RM1.5 Juta Had Perlindungan Seumur Hidup



Apakah yang dimaksudkan dengan ChoicePlus

ChoicePlus merupakan satu produk perlindungan penghospitalan dan pembedahan 
berkelompok yang komprehensif merangkumi rawatan pesakit dalam dan pesakit 
luar di mana-mana klinik dan hospital panel. 






Siapakah yang layak untuk mendapat faedah ChoicePlus

ChoicePlus merupakan satu produk yang direka untuk organisasi korporat bagi 
memberi perlindungan kesihatan kepada kakitangan dan juga tanggungan mereka. 


Apakah syarat minimum bagi mereka yang ingin menyertai ChoicePlus

Mana-mana pekerja dan tanggungan mereka adalah layak untuk menyertai 
ChoicePlus. Untuk pekerja, syarat umur minimum adalah 18 tahun dan layak 
diperbaharui sehingga umur 75 tahun. Walau bagaimana pun, syarat umur bagi 
anak bermula dari umur 30 hari sehingga 19 tahun, dan bagi anak yang masih 
belajar di institusi yang diiktiraf, perlindungan adalah sehingga umur 23 tahun









Adakah ChoicePlus memberi perlindungan untuk penyakit sedia ada? 

Mana-mana organisasi yang mempunyai kakitangan melebihi 100 orang akan 
dikecualikan dari penyakit sedia ada, tetapi bagi organisasi yang kakitangan kurang 
dari 100, tempoh menunggu selama 30 hari dan juga 120 hari untuk 'penyakit 
khusus' akan dikenakan. Perlindungan untuk penyakit khusus tersebut akan 
dikecualikan setelah syarat-syarat tempoh menunggu tersebut dipenuhi. 


Adakah hanya pesakit yang dimasukkan kedalam wad sekurang-kurangnya 6 jam sahaja layak untuk menikmati faedah dibawah ChoicePlus

Tidak, salah satu faedah dibawah ChoicePlus adalah perlindungan yang dinamakan 
faedah rawatan harian. Dibawah faedah ini, pesakit tidak memerlukan minimum 6 
jam rawatan di hospital seperti yang dikenakan oleh sesetengah syarikat insurans dan takaful.







Adakah ChoicePlus mengguna pakai syarat ‘co-payment’ sekiranya pesakit menaik taraf bilik? 
Tidak.Ini merupakan salah satu kelebihan yang membezakan ChoicePlus dengan lain-lain pelan GHS. Sekiranya pesakit menaik taraf bilik, pesakit hanya perlu membayar perbezaan harga bilik dan bukannya 20% ‘co-payment’ dari jumlah sebenar bil seperti yang diamalkan oleh sesetengah syarikat takaful / insurans. 


Bolehkah individu mengguna pakai perlindungan dibawah ChoicePlus
Tidak. ChoicePlus hanya untuk perlindungan berkelompok dan bukannya individu. 







Apakah Manfaat unik IKHLAS "ChoicePlus" PLATINUM Individual Medical Rider?

1. Pelan Tanpa Tunai supaya bersesuaian dengan bajet anda.
Ini ialah Pelan Tanpa Tunai yang membolehkan kemasukan ke hospital tanpa kesulitan dengan kad perubatan kami bagi memenuhi perlindungan bersesuaian dengan bajet anda.


2. Perlindungan Sehingga Umur 100 tahun.
Nikmatilah perlindungan perubatan dan pelan perlindungan kami sehingga umur 100 tahun. Kami tidak akan menolak pembaharuan atau mengenakan pengecualian baru semasa pembaharuan, tertakluk pada terma dan syarat yang dinyatakan dalam kontrak Sijil.


3. Perlindungan Perubatan Tradisional.
Rawatan Kemalangan Perubatan Tradisional
Membayar balik caj sebenar bagi rawatan sebagai Pesakit Luar akibat Kemalangan, oleh Pengamal Perubatan Tradisional yang berdaftar sehingga jumlah maksimum RM200 dan dibayar sekiranya anda menerima rawatan dalam tempoh empat puluh lapan (48) jam selepas kemalangan.


4. Tiada ko-takaful bagi mengelak ketidakpastian bil dan kekeliruan.
Pelan tiada ko-takaful kami menawarkan ketenangan fikiran kepada anda dengan mengetahui bahawa anda tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang anda sendiri selagi manfaat anda dilindungi seperti yang disenaraikan dalam pelan Jadual Manfaat.


5. Umur Penyertaan sehingga 70 tahun.
Umur penyertaan maksimum adalah sehingga 70 tahun.


6. Had Seumur Hidup yang Tinggi.
Nikmati manfaat had seumur hidup yang tinggi, iaitu sehingga 10 kali ganda daripada Had Keseluruhan Tahunan anda untuk mana-mana pelan yang anda pilih bagi melindungi anda.


7. Elaun Tunai Harian Hospital Kerajaan.
Elaun tunai harian akan diberikan jika anda dimasukkan ke wad di mana-mana Hospital Kerajaan Malaysia, termasuk hospital pengajaran kerajaan di Malaysia.


8. Perlindungan ke atas Perbelanjaan Penginapan untuk peneman anda.
Jumlah bagi peruntukan katil tambahan bagi peneman di dalam bilik yang sama dengan anda, tetapi tidak melebihi had yang dinyatakan di dalam Jadual Manfaat.


9. Penjagaan Jangka Panjang sebagai tambahan kepada Had Tahunan Keseluruhan.

a. Selain dari Had Keseluruhan Tahunan, anda juga menerima perlindungan tambahan bagi Rawatan Kanser Pesakit Luar dan Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar, dimana kami akan membayar balik caj yang dikenakan bagi Keperluan Perubatan untuk rawatan kanser dan dialisis buah pinggang yang dijalankan di pusat rawatan berdaftar yang sah.

b. Kami juga menyediakan perlindungan tambahan bagi Pemindahan Organ, di mana kami akan membayar balik caj yang dikenakan ke atas pembedahan tranplantasi jika anda menerima pemindahan buah pinggang, jantung, paru-paru, hati atau sumsum tulang tertakluk pada had yang ditetapkan di dalam Jadual Manfaat.


10. Ganjaran Manfaat Kesihatan untuk anda yang kekal sihat.
Raihlah pulangan faedah kerana kekal sihat. Anda akan menikmati Manfaat Kesihatan jika tiada tuntutan berlaku semasa tahun sijil berkuatkuasa. Manfaat Kesihatan ini akan disalurkan ke PRIA anda.


Apakah keistimewaan ChoicePlus jika dibandingkan dengan mana-mana pelan GHS di pasaran? 

ChoicePlus merupakan satu pelan yang bukan sahaja fleksibel tetapi juga dapat mengurus selia tahap kesihatan para pekerja dibawah perlindungan kesihatan ini. 
Kebiasaan bagi produk GHS hanyalah sekadar memberi perlindungan dan kemudiannya akan menambah naik harga sewaktu pembaharuan sijil. Tetapi ChoicePlus maju setapak ke hadapan dimana semua kakitangan / pekerja akan diberi pemeriksaan kesihatan asas secara percuma. Kakitangan kemudian akan diprofil mengikut tahap kesihatan masing-masing. Dengan adanya Lembaga Penasihat Kesihatan, program percuma atau berbayar akan diperkenalkan bagi membantu majikan menguruskan taraf kesihatan kakitangan tersebut. Ini secara langsung dapat mengurangkan kos perubatan yang ditanggung pihak majikan dan seterusnya meningkatkan produktiviti. 


Apakah yang dimaksudkan dengan Lembaga Penasihat Kesihatan? 

Lembaga Penasihat Kesihatan dianggotai oleh sekumpulan doktor pakar dari beberapa hospital swasta. Mereka terdiri daripada pakar dalam bidang yang berbeza dan fungsi mereka adalah untuk member khidmat nasihat perubatan secara profesional. 






Apakah ciri-ciri lain yang ditawarkan ChoicePlus

Dibawah program ChoicePlus ini, kami mempunyai rangkaian kerjasama dengan beberapa hospital swasta ternama di Malaysia. Dibawah program ini, peserta akan memperolehi lebih banyak potongan dan diskaun yang akan diberi pihak hospital termasuklah ujian saringan kesihatan. Antara hospital tersebut adalah Institut Jantung Negara dan Hospital KPJ. 



KLIK untuk Panel Hospital


Berapakah Jumlah Caruman Diperlukan Bagi Membayar Pelan Ini?
Caruman tahunan adalah ditentukan oleh umur, jantina, status kesihatan, kelas pekerjaan anda, jenis pelan dan umur luput, serta tertakluk kepada pengunderaitan. Caruman adalah berbayar sepanjang jangka masa pelan.




Penerangan Manfaat





Dengan Caruman Serendah RM80 sebulan, 
Jaminan Manfaat Perlindungan Takaful;

• Kematian / TPD – Biasa

• Kematian / TPD – Akibat Kemalangan
• Penyakit Kritikal
• Pengecualian Caruman – TPD / Penyakit Kritikal
• Pengecualian Caruman – Pembayar

Hanya Allah yang memberi kesembuhan. 

Kita cuma berusaha dan bertawakkal.



Miliki kad ini & Kami bantu anda :-

 Rawatan PERCUMA di hospital pakar sehingga 
RM 1.5 juta.
 Wang TUNAI sehingga RM 500 ribu bila ditimpa musibah.
 Mendapat semula SIMPANAN serta KEUNTUNGAN bila sampai tempoh matang.




ChoicePlus ialah penyelesaian terbaik untuk keperluan pembiayaan perbelanjaan kesihatan anda, pelbagai pilihan pelan yang pasti memenuhi kemampuan kewangan anda.


dan....



Jangan biarkan ini terjadi kepada anda!!!



































Ikhlas Choice Plus


























Hilangkan kerungsingan dan kerisauan anda dengan menyediakan pelan perubatan buat keluarga anda yang tersayang dengan secukupnya!




3 comments:

  1. assalam,mohon share ye artikel dr blog ni,tq

    ReplyDelete
  2. Very interesting blog. Alot of blogs I see these days don't really provide anything that I'm interested in, but I'm most definately interested in this one. Just thought that I would post and let you know. health

    ReplyDelete