Friday 14 March 2014

PELAN - IKHLAS Premier Investment-Linked Takaful Plus



Banyak kompleksiti dan bebanan yang dialami dalam setiap peringkat hidup. Sama ada memulakan keluarga, menyediakan perlindungan untuk mereka, memulakan dana pengajian tinggi atau mendapatkan keyakinan pada usia emas, mengkhaskan sebahagian wang hasil kerja keras anda bukanlah perkara yang mudah.

Tetapi apa yang diperlukan adalah langkah pertama yang mana, setiap perkara mempunyai detik permulaan. Kami boleh membantu anda memulakannya, seterusnya pula, hanya satu langkah pada satu masa.


PENGENALAN

IKHLAS Premier Investment-Linked Takaful Plus adalah pelan berkaitan pelaburan di mana caruman adalah berkala yang menawarkan dua dalam satu manfaat; iaitu perlindungan takaful komprehensif terhadap kejadian tidak dijangka dan potensi pertumbuhan pelaburan jangka panjang pada masa yang sama. Ianya adalah pelan ideal yang memberi perlindungan kekayaan dan memenuhi keperluan mengumpul kekayaan pada masa yang sama.


APAKAH CIRI-CIRI UTAMANYA?

1. Caruman bulanan yang mampu dibayar serendah RM 80 sebulan.

2. Anda mempunyai pilihan untuk melabur dalam dana pelaburan berlainan, iaitu Dana Growth, Dana Balanced atau Dana Fixed Income bagi meningkatkan pulangan anda dan mengimbangi risiko portfolio
pelaburan anda.

3. Pelaburan anda diuruskan oleh pengurus dana profesional bagi memberi ketenangan fikiran kepada anda.

4. Anda boleh mengendali sepenuhnya pelaburan dan perlindungan anda melalui IKHLAS Invest-Link Mobile, aplikasi mudah alih berkaitan pelaburan milik kami sendiri. Anda boleh menyemak manfaat pelan anda dengan akses mudah bagi memantau dan melaraskan aset portfolio pelaburan anda, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

5. IKHLAS Premier Investment-Linked Takaful Plus memastikan bahawa anda dilindungi sekiranya berlaku kejadian yang tidak diduga, seperti kematian dan Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD).

6. Kebebasan bagi meningkatkan perlindungan anda dengan pelbagai pilihan rider.


APAKAH PERLINDUNGAN IKHLAS PREMIER INVESTMENT-LINKED TAKAFUL PLUS?



APAKAH RIDER PILIHAN?
Lengkapkan perlindungan anda dengan manfaat pilihan berikut.

IKHLAS “Choice Plus” Individual Medical Rider
Rider ini menyediakan perlindungan perubatan komprehensif untuk anda dengan membayar balik perbelanjaan perubatan sekiranya anda dimasukkan ke hospital, menjalani pembedahan atau menerima rawatan pesakit luar seperti yang dinyatakan di dalam jadual manfaat. Ini ialah Pelan Tanpa Tunai yang membolehkan kemasukan ke hospital tanpa kesulitan dengan kad perubatan kami bagi memenuhi perlindungan bersesuaian dengan bajet anda. KLIK untuk info lanjut...


IKHLAS Term Takaful Rider Plus
Rider ini memberikan perlindungan kepada anda dan/atau Pembayar apabila berlaku kematian atau TPD dalam tempoh Sijil anda.


IKHLAS Accidental Death and Disability Takaful Rider Plus 
Rider ini memberikan perlindungan kepada anda apabila berlaku kematian, TPD atau Keilatan Kekal Separa (PPD) yang disebabkan oleh kemalangan dalam tempoh Sijil anda.



No comments:

Post a Comment