Friday 14 March 2014

PELAN - IKHLAS Capital Investment-Linked Takaful Plus




Selain daripada memperolehi ketenangan fikiran melalui perlindungan harta yang mencukupi, anda ingin pastikan wang yang diperolehi daripada hasil usaha gigih anda dioptimumkan bagi mencapai objektif pelaburan anda, berasaskan tahap risiko anda.

Hanya dengan satu caruman, anda berpeluang mendapatkan pulangan yang lebih menguntungkan daripada pelaburan melaluiIKHLAS Capital Investment-Linked Takaful Plus, pelan yang menyediakan manfaat dua dalam satu iaitu, kenaikan nilai modal dan perlindungan pada masa yang sama. Ini adalah pelan ideal bagi memenuhi matlamat kewangan jangka sederhana hingga matlamat kewangan jangka panjang anda.

Instrumen pelaburan dan perlindungan ini membolehkan wang anda dikumpulkan bersama-sama dengan wang pelabur lain, sementara pengurusan dana diserahkan kepada pengurus dana yang profesional dan berpengalaman bagi memperolehi hasil yang lebih baik berbanding dengan pelaburan secara peribadi.

Pelan ini menyediakan tiga dana yang terdiri daripada kelas – kelas aset yang berlainan untuk memberi kepelbagaian portfolio pelaburan anda bergantung kepada keperluan pelaburan anda dan berdasarkan kepada peringkat kehidupan anda sekarang.


PENGENALAN

IKHLAS Capital Investment-Linked Takaful Plus adalah pelan berkaitan pelaburan bercaruman tunggal yang menyediakan peluang untuk memaksimakan pulangan pelaburan anda dan pada masa yang sama, menikmati perlindungan takaful. Anda boleh bermula dengan caruman tunggal sekali gus dan penambahan pelaburan pada bila–bila masa bagi merebut peluang untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi.


APAKAH CIRI-CIRI UTAMANYA?

*Mulakan perjalanan menuju ke usia emas anda dengan pelaburan sekali gus serendah RM 5,000.


*Anda mempunyai pilihan untuk melabur dalam dana pelaburan berlainan, iaitu Dana Growth, Dana Balanced atau Dana Fixed Income bagi meningkatkan pulangan anda dan mengimbangi risiko portfolio pelaburan anda.


*Pelaburan anda diuruskan oleh pengurus dana profesional bagi memberi ketenangan fikiran kepada anda.


*Anda boleh mengendali sepenuhnya pelaburan dan perlindungan anda melalui IKHLAS Invest-Link Mobile, aplikasi mudah alih berkaitan pelaburan milik kami sendiri. Anda boleh menyemak manfaat pelan anda dengan akses mudah bagi memantau dan melaraskan aset portfolio pelaburan anda, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.


*Seiring perubahan hidup, keperluan anda juga turut berubah. IKHLAS Capital Investment-Linked Takaful Plus menyediakan fleksibiliti untuk anda mengagihkan semula dana pelaburan anda melalui kemudahan penukaran. Dengan IKHLAS Invest-Link Mobile, anda dapat mengakses kemudahan ini pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja; lantas membolehkan anda mengendali sepenuhnya pelaburan anda.


*Anda memiliki fleksibiliti untuk mengeluarkan pelaburan anda pada bila-bila sahaja bagi memenuhi kepelbagaian keperluan kewangan anda pada peringkat hidup yang berbeza.



*Anda bukan sahaja akan memulakan permulaan yang hebat dalam membina kekayaan, IKHLAS Capital Investment-Linked Takaful Plus memastikan bahawa anda dilindungi sekiranya berlaku kejadian yang tidak diduga, seperti kematian dan Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD)






No comments:

Post a Comment