PENGENALAN
Walaupun kejadian sakit serius dan penyakit yang mengancam nyawa semakin meningkat namun kebanyakan dari kita masih lagi berfikir bahawa “Ianya tidak akan berlaku kepada saya”. Walaupun seseorang itu tidak pernah menghidapi pelbagai penyakit dan mengamalkan gaya hidup sihat, ia tidak menjamin mereka akan sentiasa sihat.
Bil hospital yang semakin meningkat masa kini adalah satu fakta yang diketahui ramai.Pembedahan kecil kadang-kala memerlukan sehingga puluhan ribu ringgit. Jika anda tidak bersedia, kos ini boleh menyebabkan anda berhutang. Tiada seorang pun yang perlu menghadapi keadaan ini.
APAKAH MANFAAT YANG DITAWARKAN OLEH IKHLAS MEDIC ASSIST TAKAFUL?
Rujuk Jadual Tawaran Medic Assist
dan Jadual Sumbangan Tahunan...
MENGAPA IKHLAS MEDIC ASSIST TAKAFUL?
Bagi panel hospital yang diluluskan - untuk kemudahan tuntutan.
2. Perlindungan Komprehensif
Perlindungan ini memberi rawatan yang diperlukan pada kadar yang berpatutan dan munasabah di lokasi di mana anda menerima rawatan.
3. Pembaharuan Sehingga Umur 80 Tahun
Sijil boleh diperbaharui oleh Peserta.Pihak Takaful IKHLAS tidak boleh menolak pembaharuan Sijil dan tidak boleh menambah pengecualian ketika pembaharuan tertakluk kepada terma dan syarat di dalam kontrak Sijil.Walau bagaimanapun, Sijil ini boleh ditarik balik dari pasaran mengikut Syarat Penarikan Balik Portfolio.
4. Pengiraan Sumbangan Secara Berkelompok
Sumbangan Takaful adalah tidak dijamin. Akan tetapi, kenaikan kadar sumbangan adalah secara berkelompok dan perlu diluluskan oleh Bank Negara Malaysia. Ini bermaksud, mereka yang telah membuat tuntutan ke atas Sijil tidak akan dikenakan sumbangan yang lebih berbanding dengan mereka yang lain.
5. Tiada Had Tuntutan Setiap Hilang Upaya
Selain daripada Had Tahunan Keseluruhan dan Had Sepanjang Hayat, tiada sebarang had ke atas jumlah tuntutan untuk setiap hilang upaya.
6. Kadar Sumbangan Samarata
Sumbangan Takaful dikira mengikut umur dan tidak ada perbezaan di antara sumbangan oleh lelaki dan wanita.
7. Sumbangan yang Dikenakan
Sumbangan yang dikenakan adalah berdasarkan umur pada harijadi yang akan datang pada kadar tahunan yang ditentukan semasa pembaharuan. Sumbangan yang tertera pada risalah ini adalah untuk mereka yang sihat dan sumbangan tambahan boleh dikenakan pada mereka yang kurang sihat.Sumbangan tidak dijamin dan mungkin boleh berubah.
8. Permohonan yang Mudah
Permohonan adalah sangat mudah. Sesiapa yang berumur di antara 19 hingga 60 tahun layak memohon. Sijil ini boleh diunjurkan kepada anak-anak tanggungan Peserta yang berumur dari 30 hari hingga 19 tahun (sehingga umur 23 tahun jika belajar sepenuh masa).
9. Perkara yang tidak dilindungi
Pelan ini tidak melindungi penyakit atau keadaan yang sedia ada atau/dan hilang upaya dan pengecualian yang dinyatakan di dalam Sijil. Sijil ini tidak meliputi rawatan perubatan yang diterima oleh Peserta di luar Malaysia sekiranya Peserta tinggal atau membuat perjalanan di luar Malaysia lebih daripada sembilan puluh (90) hari berturut-turut sebelum rawatan tersebut.
10. Tempoh Khiyar
(Hak Untuk Pembatalan)
Jika Sijil ini telah dikeluarkan dan atas apa-apa alasan, Peserta membuat keputusan untuk tidak mengambil Sijil tersebut, Peserta boleh mengembalikan Sijil tersebut kepada Syarikat untuk pembatalan dengan syarat permohonan untuk pembatalan diserahkan oleh Peserta kepada Syarikat dalam tempoh lima belas (15) hari dari tarikh penyerahan Sijil. Peserta layak menerima pulangan penuh sumbangan yang telah dibayar ditolak belanja ujian perubatan yang ditanggung oleh Syarikat untuk mengeluarkan Sijil tersebut.
11. Tempoh Menunggu
Manfaat-manfaat hanya akan bermula selepas 30 hari dari tarikh Sijil berkuat kuasa, kecuali untuk kes-kes kemalangan yang berlaku selepas tarikh kuatkuasa perlindungan.
SYARAT DAN HAD UMUR
Umur Penyertaan
Definisi umur adalah berdasarkan umur harijadi akan datang
Umur Minima Penyertaan:
Peserta/Pasangan: 19 tahun
Anak: 30 hari
Umur Maksima Penyertaan
- Peserta/Pasangan: 60 tahun
- Anak: 18 tahun dan dilanjutkan sehingga umur 22 tahun sekiranya ditanggung oleh ibubapa, tidak berkahwin dan pelajar sepenuh masa
Umur Maksima Penamatan
-Peserta/Pasangan:Pada ulangtahun Sijil selepas mencapai umur 80 tahun
- Anak: Pada ulangtahun Sijil selepas mencapai umur 19 tahun dan boleh dilanjutkan sehingga umur 23 sekiranya ditanggung oleh ibubapa, tidak berkahwin dan pelajar sepenuh masa
Had Penyertaan
Tempoh Perlindungan
Pembaharuan Tahunan
Cara Pembayaran Sumbangan
Tahunan, setengah tahunan, suku tahunan atau bulanan
MENGAPA TAKAFUL IKHLAS?
Sejajar dengan perkembangan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam di peringkat antarabangsa dan tempatan, Takaful IKHLAS telah memilih kontrak Wakalah sebagai model dalam membentuk asas operasi kami. Wakalah adalah satu bentuk perhubungan perwakilan di antara Takaful IKHLAS dan seseorang Peserta (Prinsipal/Pelanggan).
Takaful IKHLAS menggunakan kontrak berikut sebagai garis panduan perniagaan kami:
a. Kontrak Tabarru’ adalah derma di mana Peserta bersetuju mendermakan peratusan yang telah ditentukan daripada caruman kepada Dana Risiko untuk membantu Peserta lain yang ditimpa musibah.
b. Kontrak Wakalah adalah kontrak perwakilan di mana Peserta melantik Takaful IKHLAS untuk mewakili dirinya dalam mengendalikan urusan berkaitan Takaful seperti menyediakan perlindungan atau membuat pelaburan bagi pihaknya. Konsep ini membolehkan Takaful IKHLAS menerima upah daripada Peserta yang dinamakan sebagai Yuran Wakalah.


No comments:
Post a Comment